HARI BERSAMA KOMUNITI GABUNGAN PI JENGKA 21,PI JENGKA 16 DAN PI RUMPUN MAKMUR

 

TARIKH   :12 NOVEMBER 2019

MASA      :8.00PAGI-3.00 PETANG

TEMPAT   :PUSAT INTERNET JENGKA 21

PESERTA :328 ORANG

TUJUAN

Terima Kasih & Tahniah kepada warga komuniti yg telah bersama memeriahkan program.Penganjuran HBK ini adalah bertujuan untuk mendedahkan fungsi dan peranan Pusat Internet melalui aktiviti berkaitan ICT dan advokasi digital internet kepada komuniti.Pusat Internet sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Dengan kemudahan yang disediakan, melalui latihan & program berasaskan ICT, keusahawanan dan multimedia dan juga jalinan kerjasama agensi kerajaan, swasta dan NGO.
 
 
AKTIVITI
 
Terdapat pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan pada hari tersebut seperti pertandingan Gubahan Sireh Junjung,Pertandingan Origami,Pertandingan Poster Kreatif.Terdapat juga penglibatan dari pelbagai agensi seperti taklimat daripada KWSP Mobile,Pusat Kutipan Zakat,Pejabat Kesihatan Maran,Klinik Kesihatan Jengka 22 dan demonstrasi Pemadaman Kebakaran dari Bomba.Cabutan bertuah mega juga disediakan bagi pengunjung yang bertuah semasa program tersebut.