Tarikh            : 11 jan 2021 Sehingga 16 jan 2021

Masa              : 9.00 Pagi – 1.00 T/Hari

Pasukan Bomba Sukarela Rumpun Makmur digerakkan untuk membantu dalam kerja-kerja pembersihan kawasan yang terjejas teruk akibat bencana banjir yang melanda di kawasan Parlimen Kuala Krau dan Dun Kerdau. Inisiatif gerakan sukarelawan ini juga turut melibatkan beberapa lagi NGO diseluruh negeri Pahang yang sama membantu. Antara kawasan pembersihan yang dijalankan oleh PBS Rumpun Makmur. Terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dalam menjayakan misi bantuan ini.

 

 

 

Tarikh            : 08.12.2020 (Selasa)

Masa              : 2.30 Petang

Tempat           : Dewan Terbuka Komuniti Rumpun Makmur

 

Mesyuarat Agung Pemilihan AJK PBS Rumpun Makmur bagi sesi 2020/2022.

Mesyuarat yang telah di rasmikan oleh YB Dato Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad

(Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama & Pendidikan Negeri Pahang) . Seterusnya di adakan sesi dialog Khas bersama YS Tuan Ir. Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Ir.Haji Wan Mohamad Zaidi Bin Wan Isa (Tuan Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Pahang). semoga pertemuan bersama ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan diantara ahli PBS dan juga pihak jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Pahang. Tahniah dan syabas di ucapkan kepada barisan AJK yang baru bagi sesi 2020/2022.

 

 

 

Menurut ketua kampung Rumpun Makmur, keselamatan di kampung ini diselia dibawah KRT (kawasan rukun tetangga).