NAMA                        :NUR ARISYA ELYANA BINTI AMIR SHAKRI

UMUR                       :11 TAHUN

TAHUN KEAHLIAN   :2017

 

Latar Belakang

Nur Arisya merupakan seorang pelajar tahun 5 dari SK Gunung Senyum.Setiap hari beliau akan datang ke Pusat Ekonomi Digitaln(PEDI) Rumpun Makmur untuk menyiapkan kerja sekolah dan sentiasa turut serta dalam setiap kelas ICT yang diadakan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PIM

Arisya sangat meminati bidang ICT namun begitu beliau hanya mengetahui asas penggunaan komputer sahaja dan kurang pengetahuan dalam modul lain seperti multimedia dan microsoft office.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PIM

Selepas sering datang ke PEDI dan mngikuti setiap modul kelas yang diadakan dan kini Arisya lebih mahir menggunakan komputer.Beliau kini telah cekap menggunakan microsoft office dan sebagainya dalam menyiapkan tugasan sekolah sekali gus telah meningkatkan pengetahuan ICT beliau.

 

  

  

NAMA                        : PUTERI NUR MAZMAISHIRANUI BT MAZDIND

UMUR                       :10 TAHUN

TAHUN KEAHLIAN   :2017

 

Latar Belakang

Mazmaishiranui merupakan pelajar Sekolah Rendak Kebangsaan Gunung Senyum.Beliau sering datang ke PEDI Rumpun Makmur untuk mengikuti kelas ICT yang diadakan bagi meningkatkan lagi kemahran ICT beliau.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PIM

Sebelum penglibatan sebagai ahli PI beliau sudah mempunyai asas pengetahuan komputer namun kurang mempraktikkan kemahiran tersebut.

 

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PIM

Selepas menghadiri kelas ICT yang dianjurkan oleh PEDI seperti modul e-pembelajaran dan microsoft office kini beliau lebih yakin dan mahir untuk menggunakan ICT.

 

 

 

    

 

NAMA                  : NURUL AMRIZAN BIN AMRIAN

UMUR                  : 23 TAHUN

TAHUN KEAHLIAN : 2016

 

 

Latar Belakang

 

En. Amrizan merupakan peniaga pasar malam disekitar kawasan mukim jenderak dan daerah temerloh. Beliau menjual barangan makanan seperti burger,roti john, kebab,satay, kuih muih dan juga jualan air minuman. Beliau telah berniaga selama 3 tahun disekitar kawasan tapak pasar malam mukim jenderak dan daerah temerloh.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

 

Sebelum penglibatannya sebagai ahli di PI, beliau kurang didedahkan dengan cara bagaimana untuk mendirikan jenama sendiri (Logo perniagaan & Perkhidmatan) bagi membantu dalam mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan beliau kepada pelanggan kerana wujud banyak persaingan didalam penjualan makanan yang sama di sekitar kawasan pasar malam.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

 

Setelah menjadi ahli PEDI dan mengikuti kelas latihan keusahawanan (Multimedia)  yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Felcra Rumpun Makmur, beliau kini berjaya membuat jenama logo perniagaannya sendiri yang dapat membantu mempromosikan jualan dan perkhidmatan beliau.Dengan adanya jenama logo sendiri kini beliau berasa lebih yakin untuk berniaga dan pelanggan lebih mengenali jualan dan perkhidmatan beliau dimana sahaja sewaktu berniaga.

 

 

 

 

 

  

 

NAMA                  : PN. RAHMAH BT YUSOFF

UMUR                  : 52 TAHUN

TAHUN KEAHLIAN : 2016

 

Latar Belakang

 

Puan Rahmah merupakan seorang peniaga secara kecil-kecilan di kampung. Beliau tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini dan tidak pernah terdedah dengannya tetapi beliau mahir menggunakan ‘smartphone’. Semenjak PEDI ini tertubuh, beliau dan rakan-rakan tertarik untuk belajar menggunakan komputer kerana beliau juga merupakan seorang Biro WADIRA yang mana beliau perlu membuat kertas kerja untuk program-program yang dijalankan dibawah biro kelolaan beliau. 

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

 

Tidak mahir menggunakan komputer. Beliau juga maklum sebelum ini tidak pernah menggunakan komputer .

 

selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

 

Telah pandai menggunakan komputer setelah mengikuti beberapa kelas yang diadakan PEDI. Beliau juga telah mahir membuat kertas kerja sendiri dengan bantuan minima daripada petugas dan telah pandai mencari maklumat dengan menggunakan internet.