TAJUK                   : TAYANGAN BIG SCREEN FILEM MAT KILAU

TARIKH                 : 12 November 2022

TEMPAT               : Dewan Terbuka Rumpun Makmur

 

Persatuan Belia Felcra Rumpun Makmur, KRT Rumpun Makmur anjur tayangan Filem Mat Kilau.

Selain itu penganjuran ekspo jualan di tapak pasar malam rumpun Makmur, Cabutan bertuah dan pelbagai aktiviti menarik telah bermula pada 11 sehingga 20 November ini. Seluruh warga kuala krau di jemput untuk datang memeriahkan ekspo jualan yang bermula pada 11.00 pagi sehingga 12.00 Malam. Kehadiran dianggarkan seramai 500 orang pada malam tersebut.

 

 

 

Lawatan teknikal dan pemantauan daripada pegawai pembangunan Keusahawanan Desa Felcra Berhad Wilayah Pahang ke tapak projek tanaman cili fertigasi yang diusahakan oleh ahli belia dan pertubuhan Wanita Dinamis Felcra Rumpun Makmur. Sesi lawatan ini adalah bertujuan untuk menilai dan melihat tahap pembangunan projek ekonomi untuk persatuan dan juga untuk permohonan bajet tambahan bagi tahun 2022 bagi pembangunan ekonomi (projek tanaman) belia dan wadira di peringkat wilayah Pahang.

 

Tarikh            : 07 Jan 2021 (Khamis)

 

Majlis Belia Felcra Wilayah Pahang dengan kerjasama Persatuan Belia Felcra Rumpun Makmur telah menghulurkan bantuan bekalan makanan untuk keluarga dan ahli belia yang terjejas akibat banjir. Sumbangan bekalan telah diberikan kepada 3 Buah penempatan PPS, iaitu PPS Kg.Pulau Rumpun Makmur, PPS Kg. Pulau Raya dan PPS Kg. Gunung Senyum yang melibatkan 11 keluarga. Sumbangan Keperluan Asas untuk mengsa banjir telah diserahkan oleh AJK Persatuan. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang terlibat dalam banjir di sekitar Parlimen Kuala Krau.Terima kasih kepada semua yang telah membantu memberi sokongan dan dokongan agar mangsa banjir diberi bantuan dan perhatian ketika Negara dilanda pandemic Covid-19.

  

 

 

Tarikh            : Feb 2021

Masa              : 10.30 Pagi

Tempat           : Pejabat Penghulu Mukim Jenderak 2, Rumpun Makmur

 

Persatuan Belia Felcra Rumpun Makmur (PBfeRM) hulur sumbangan kepada 10 keluarga yang kurang bernasib baik. Sesi Penyampaian sumbangan telah diadakan di hadapan pejabat Penghulu Mukim Jenderak 2 mengikut SOP. Turut bersama pada majlis serahan adalah Puan Aisah Binti Md Yasin (Penyelaras PBfeRM Pejabat Felcra Berhad Durian Hijau), En. Shamsul Nahar (Penghulu Mukim Jenderak 2), En. Mohd Nazeri Bin Mohd Ghazali (Pengerusi JKKK Rumpun Makmur), En. Mohd Kenidi Bin Mat Lazim (Pengerusi JKKK Pulau Raya), En. Hj. Azeman Bin Mohamed (Pengerusi JKKK Gunung Senyum). Tahniah dan syabas kepada Saudara Izamudin (Pengerusi PBfeRM dan AJK yang telah bertungkus lumus berusaha sebaiknya menggerakan bantuan dan sumbangan ini.

    

    

Tarikh            : 18.12.2020 (Jumaat)

Masa              : 10.00 Pagi

Tempat           : Perkarangan Kediaman YB, di Taman Sri Makmur

Jawatankuasa Majlis Belia Felcra Wilayah Pahang & Persatuan Belia Felcra Rumpun Makmur bersama Timbalan Menteri KDN 1 Dato Sri Ismail Bin Mohamed Said,merangkap Ahli Parlimen Kuala Krau. Kunjungan diketuai Pengerusi MBFeW Pahang, Saudara Ahmad Zamri Bin Omar, turut serta Setiausaha Agung, AJK MBFeW dan Pengerusi Persatuan Belia Felcra Rumpun Makmur, Saudara Izamudin Bin Mohamed. Dalam pertemuan itu selama kira-kira sejam, Dato Sri Ismail Bin Mohamed Said turut mendengar pandangan dan cadangan mengenai perancangan dan aktiviti belia dan pemuda yang akan dilaksanakan dalam membantu dan menggerakan belia terutama di kawasan parlimen kuala krau.