Menurut ketua kampung Rumpun Makmur, nama ini diberi kerana penduduk di sini terdiri daripada penduduk 3 buah kampung yang berdekatan iaitu Kg. Gunung Senyum, Kg. Pulau Raya, dan juga Kampung Kuala Krau Seberang. Mereka ini dihimpun di dalam satu rumpun dan dari situ wujudnya nama RUMPUN MAKMUR tersebut. Peserta rancangan ini adalah sebanyak 165 biji buah rumah dan ada diantara mereka yang telah menjadikan rumah mereka sebagai Homestay