IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

patintempoyak

Bahan-bahan :

1. Ikan patin segar.

2. Tempoyak ikut suka.

3. Cili padi 15 biji.

4. Kunyit hidup seinci.

5. Daun Kesum.

6. Bunga Kantan.

7. Air.

8. Timun kuning atau bendi sebagai pelengkap.

Cara Memasak :

1. Cuci bersih ikan kemudian letak dalam periuk.

2. Tumbuk cili dan kunyit.

3. Setelah kedua-dua bahan lumat, bubuh tempoyak. Gaul sebati. Masukkan ke dalam periuk ikan tadi. (Kalau mahu kuah pekat bubuh tempoyak lebih banyak).

4. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.

5. Masukkan air. Masak sampai menggelegak.

6. Boleh masukkan timun kuning atau bendi sebagai pelengkap untuk menambah sedap.

7. Masukkan garam dan aji sebagai perasa.

Sumber : https://saji.my/resepi-patin-masak-tempoyak/

SAMBAL JERING SEMAI

 

Sambal jering semai amat terkenal dalam kalangan masyarakat tempatan. Ianya bukan sahaja dibuat sebagai ulam, namun boleh dimasak dalam pelbagai makanan mengikut selera dan kreativiti mereka.

 

Bahan-bahan untuk sambal jering semai :

  • Jering semai yg dihiris halus
  • Bawang besar dipotong bulat
  • Ikan bilis
  • lada ditumbuk dan dicampur dgn tempoyak
  • Minyak, garam dan gula

 

Cara membuatnya

Goreng ikan bilis dekat-dekat nak garing masuk jering goreng sampai dia nampak warna jernih pastu masuk lada dan tempoyak tadi, isi air sikit masukan bawang, masuk la gula sikit kalau tempoyak tu dah rasa masin atau masuk garam sikit kalau tempoyak manis. Masak sampai kering sikit pastu angkat.

 


Sumber : http://www.anakulucheka.com/sambal-jering-semai/

 

 

SAMBAL HITAM BELIMBING BULUH

 

Bahan2 :

(Sukatan genggam2 jer. Nak pedas nak kurang, masin, masam, manis boleh adjust sendiri ye).

1. Ikan bilis dlm 3 genggam.

2. Cili padi atau Cabai Melaka dalam 2 genggam.

3. Belimbing buluh dalam 3 atau 4 genggam (nak tukar ganti tomato pun boleh dalam 7 atau 8 biji).

4. Bawang besar 4 atau 5 biji.

5. Kicap

6. Garam secukup rasa.

 

 

Cara-Cara :

1.Bawang merah, cabai melaka atau cili padi dan belimbing buluh sedia untuk diblend. (kalau tak ada belimbing boleh digantikan dengan tomato dlm 7 atau 8 biji. cuma kalau kurang masam boleh tambah asam keping).

2.Ikan bilis digoreng garing. Toskan minyak dia..

3.Ikan bilis yang dah ditumbuk. Ikut suka nak tumbuk kasar atau halus. Nak senang blend kering je. Kasar ada, halus pun ada. Ketepikan.

4.Tumis semua bahan-bahan yang dah diblend menggunakan minyak baki gorengan ikan bilis tadi.

5.Tumis sampai meletup2. Kemudian masukkan kicap. Nak sedap campur2 guna kicap manis kipas udang & kicap pekat hitam tamin.

6.Masukkan ikan bilis yang dah ditumbuk tadi.

7.Perasakan dengan garam. Masak sampai kering & pecah minyak

 

SUMBER : http://www.tengkubutang.com/2016/06/resepi-sambal-hitam-belimbing-buluh.html