TARIKH :14 OKTOBER 2024 MASA :10.00-11.00 PAGI LOKASI :NADI RUMPUN MAKMUR PESERTA :23 ORANG |
TUJUAN
Webinar NADI MAHIR diadakan untuk memberi penerangan dengan lebih lanjut mengenai kursus yang ditawarkan melalui NADI MAHIR.Peserta diberi penerangan mengenai bagaimana kelas tersebut akan dijalankan dan kelebihan menyertai kursus tersebut.Terdapat lima kursus yang ditawarkan iaitu Mahir Masak,Mahir Foto,Mahir Baiki Gajet,Mahir Jahit dan Mahir Pertanian Pintar.
AKTIVITI
Komuniti yang hadir diberi taklimat secara atas talian.Selain daripada mendengar taklimat peserta juga berpeluang untuk mendapat cabutan bertuah.Terima kasih diucapkan kepada komuniti yang telah hadir bagi menyertai webinar tersebut dan telah mendaftar kursus yang diminati.
TARIKH :KUIZ KEMERDEKAAN MASA :10.00 PAGI-12.00 TENGAH HARI LOKASI :NADI RUMPUN MAKMUR PESERTA :8 ORANG |
TUJUAN
Aktiviti ini bertujuan untuk menguji pengetahuan am pelajar-pelajar mengenai kemerdekaan negara Malaysia disamping menyemai semangat patritisme dalam kalangan pelajar melalui aplikasi e-pembelajaran quizizz.com.
AKTIVITI
Pelajar-pelajar dikehendaki menjawab soalan-soalan mengenai kemerdekaan Negara Malaysia melalui aplikasi pembelajaran Quizizz.com.Pelajar yang dapat menjawab soalan dengan betul dan pantas dikira sebagai pemenang.
TARIKH :13 JULAI 2024 MASA :3.00 PETANG- 5.00 PETANG LOKASI :NADI RUMPUN MAKMUR PESERTA :7 ORANG |
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menguji minda pelajar-pelajar mengenai asas komputer yang telah dipelajari sebelum ini.Melalui kuiz ini juga pelajar-pelajar dapat mempelajari apa itu asas komputer seperti komponen asas komputer beserta fungsi komponen dan perisian asas yang terdapat pada komputer.
AKTIVITI
Pelajar-pelajar dikehendaki menjawab 20 soalan mengenai asas komputer menerusi laman web E-Pembelajaran Quizizz.com.Pelajar yang dapat menjawab soalan dengan tepat dan pantas dikira sebagai pemenang.
TARIKH :11 OGOS 2024 MASA : 2.00 PETANG-5.00 PETANG LOKASI :NADI RUMPUN MAKMUR PESERTA : 4 ORANG |
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menyemarakkan bulan kemerdekaan melalui aktiviti kuiz atas talian mengenai kemerdekaan negara Malaysia yang tercinta.Pembelajaran lebih seronok melalui pendekatan grafik serta bunyi ketika kuiz dijalankan.
AKTIVITI
Pelajar-pelajar dikehendaki menjawab kuiz kemerdekaan melalui laman web quizizz.Pelajar yang dapat menjawab kuiz dengan pantas dan tepat dikira sebagai pemenang.
TARIKH :10 JUN 2024 MASA :10.00-11.00 PAGI LOKASI :NADI RUMPUN MAKMUR PESERTA :1 ORANG |
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan asas Microsoft Word.Pelajar juga didedahkan dengan perkara asas dalam menyediakan minit mesyuarat atau surat dengan menggunakan Microsoft Word.
AKTIVITI
Pelajar diberi pendedahan dan latihan asas seperti cara untuk copy paste dan menambah jadual didalam perisian Microsoft Word dengan bantuan dan tunjuk ajar dari petugas.