TAJUK                   : KARNIVAL HOMESTAY NEGERI PAHANG

TARIKH                 : 11,12 & 13 November 2022

 

Penglibatan Persatuan Homestay Rumpun Makmur, Usahawan Desa WADIRA Rumpun Makmur Bimbangan Felcra Berhad dan Usahawan PEDi Felcra Rumpun Makmur dalam Karnival Homestay Malaysia Negeri Pahang 2022, Temerloh. Pelbagai aktiviti menarik diadakan selama 3 hari tersebut.

Usahawan PEDi iaitu saudara Azmer Mustafa (Mr.Cookies) telah mengambil peluang ini untuk membuat jualan dan mempromosikan produk beliau sana. Antara produk tempatan hasil daripada Usahawan Rumpun Makmur adalah seperti, Sambal Hitam, Jejari Cruncy, Maruku cruncy, Acar limau, Bawang Goreng, Biskut home made.

 

 

 

Tahniah kepada Usahawan PEDi, En. Azmeer Mustafa yang telah membuka premis kedai Jualan Biskut (Cookies) di Kuala Krau. Beliau memperkenalkan produk biskutnya dengan nama Mr.Cookies. Perkhidmatan dan jualan yang beliau usahakan adalah seperti menjual biskut dan makanan kering, menerima tempahan Doogift, Goodis untuk sebarang majlis. Antara produk biskutnya yang mendapat sambutan adalah seperti Biskut Almond chochip, Almond coffee chip, Almond red velvet chochip, Almond pandan chochip, Almond blueberry chochip. Semoga dengan pembukaan kedai ini dapat meningkatkan jualan dan memudahkan pembelian produknya kepada pelanggan yang berada di sekitar Kuala Krau, Jerantut dan Jengka. Selain itu perkhidmat penghantaran (c.o.d) juga ada ditawarkan. Selamat Maju Jaya Azmeer!

 

 

Gambar di sini

1. KEDAI BAKERY

 

 

Pemilik kedai ini bersedia menerima tempahan kek dan biskut daripada pelanggan. Para pelanggan yang mahukan perkhidmatan beliau, boleh menghubungi beliau seperti maklumat yang tertera :

Nama : Siti Salmah Bt Abu Bakar

Facebook : Siti Salmah Abu Bakar

Alamat : No 4, Kedai JKKK Jalan Kg Pulau Raya Jengka, Kg. Pulau Raya 28050, Kuala Krau, Pahang

No tel : 0199910691

 

 

 

 

 

 

2. TERNAKAN PATIN/TILAPIA

 

 

Nama: Nor Shahidatul Azwa Bt Abdul Manan

No telefon : 0139902290

Jenis ternakan : patin dan talapia

Jumlah ternakan : 1000 patin dan 1000 talapia

Jumlah sangkar yang dimiliki : 2 sangkar

Harga : RM17 (bergantung pada harga pasaran)


 

 

 

 

 

 

 

Rozedah binti Othman merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan ikan air tawar. Antara ikan –ikan yang di ternak sendiri adalah seperti ikan patin ,ikan tilapia dan juga ikan baung. Kini beliau mempunyai 27 buah sangkar ikan air tawar. Lokasi perusahaan adalah di kampong chengal iaitu berdekatan dengan jambatan sungai Pahang, kuala krau Temerloh.

Idea untuk mengusaha penternakkan ikan air tawar ini tercetus daripada adik saudara sendiri yang mengusahakan penternakkan ikan air tawar yang tinggal di Paloh Inai Pahang. Bermula pada tahun 1996, beliau mula berniaga ikan air tawar ini dengan hanya membeli ikan yang sudah besar daripada pemborong dan kemudiannya dijual kepada masyarakat sekitar. Pada tahun 2007 sehingga kini, Puan Rozedah memulakan penternakkan ikan air tawar sendiri dan menjadi pemborong di sekitar temerloh Pahang.

Antara cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh perusahaan penternakkan ikan air tawar ini adalah apabila tiba musim tengkujuh iaitu risiko banjir ataupun musim kemarau. Selain itu kos untuk menyediakan tapak atau sangkar untuk satu tapak adalah sekitar rm 5000. Namun begitu sifat beliau yang suka mencuba, tidak mudah putus asa dan berani manghadapi cabaran dalam perniagaannya, kini beliau berjaya membekalkan ikan air tawar sebanyak 3 hingga 4 tan ikan air tawar sebulan.

Puan Rozedah banyak menimba ilmu keusahawanan dan meningkatkan kemahiran dan kerjaya dengan menghadiri kursus-kursus yang di anjurkan oleh pihak Peladang , Perikanan dan juga FAMA. Beliau juga mendapat anugerah usahawan cemerlang daripada FAMA pada tahun 2015.

No Tel : 019-2591546 (Pn. Rozelah) / 013-9590674 (En. Mohd Rasidi Bin. Abdul Razak)