NAMA                  : NURUL AMRIZAN BIN AMRIAN

UMUR                  : 23 TAHUN

TAHUN KEAHLIAN : 2016

 

 

Latar Belakang

 

En. Amrizan merupakan peniaga pasar malam disekitar kawasan mukim jenderak dan daerah temerloh. Beliau menjual barangan makanan seperti burger,roti john, kebab,satay, kuih muih dan juga jualan air minuman. Beliau telah berniaga selama 3 tahun disekitar kawasan tapak pasar malam mukim jenderak dan daerah temerloh.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

 

Sebelum penglibatannya sebagai ahli di PI, beliau kurang didedahkan dengan cara bagaimana untuk mendirikan jenama sendiri (Logo perniagaan & Perkhidmatan) bagi membantu dalam mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan beliau kepada pelanggan kerana wujud banyak persaingan didalam penjualan makanan yang sama di sekitar kawasan pasar malam.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

 

Setelah menjadi ahli PEDI dan mengikuti kelas latihan keusahawanan (Multimedia)  yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Felcra Rumpun Makmur, beliau kini berjaya membuat jenama logo perniagaannya sendiri yang dapat membantu mempromosikan jualan dan perkhidmatan beliau.Dengan adanya jenama logo sendiri kini beliau berasa lebih yakin untuk berniaga dan pelanggan lebih mengenali jualan dan perkhidmatan beliau dimana sahaja sewaktu berniaga.