Tarikh            : 18.12.2020 (Jumaat)

Masa              : 10.00 Pagi

Tempat           : Perkarangan Kediaman YB, di Taman Sri Makmur

Jawatankuasa Majlis Belia Felcra Wilayah Pahang & Persatuan Belia Felcra Rumpun Makmur bersama Timbalan Menteri KDN 1 Dato Sri Ismail Bin Mohamed Said,merangkap Ahli Parlimen Kuala Krau. Kunjungan diketuai Pengerusi MBFeW Pahang, Saudara Ahmad Zamri Bin Omar, turut serta Setiausaha Agung, AJK MBFeW dan Pengerusi Persatuan Belia Felcra Rumpun Makmur, Saudara Izamudin Bin Mohamed. Dalam pertemuan itu selama kira-kira sejam, Dato Sri Ismail Bin Mohamed Said turut mendengar pandangan dan cadangan mengenai perancangan dan aktiviti belia dan pemuda yang akan dilaksanakan dalam membantu dan menggerakan belia terutama di kawasan parlimen kuala krau.