Tarikh            : 07 Jan 2021 (Khamis)

 

Majlis Belia Felcra Wilayah Pahang dengan kerjasama Persatuan Belia Felcra Rumpun Makmur telah menghulurkan bantuan bekalan makanan untuk keluarga dan ahli belia yang terjejas akibat banjir. Sumbangan bekalan telah diberikan kepada 3 Buah penempatan PPS, iaitu PPS Kg.Pulau Rumpun Makmur, PPS Kg. Pulau Raya dan PPS Kg. Gunung Senyum yang melibatkan 11 keluarga. Sumbangan Keperluan Asas untuk mengsa banjir telah diserahkan oleh AJK Persatuan. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang terlibat dalam banjir di sekitar Parlimen Kuala Krau.Terima kasih kepada semua yang telah membantu memberi sokongan dan dokongan agar mangsa banjir diberi bantuan dan perhatian ketika Negara dilanda pandemic Covid-19.