Tarikh            : Feb 2021

Masa              : 10.30 Pagi

Tempat           : Pejabat Penghulu Mukim Jenderak 2, Rumpun Makmur

 

Persatuan Belia Felcra Rumpun Makmur (PBfeRM) hulur sumbangan kepada 10 keluarga yang kurang bernasib baik. Sesi Penyampaian sumbangan telah diadakan di hadapan pejabat Penghulu Mukim Jenderak 2 mengikut SOP. Turut bersama pada majlis serahan adalah Puan Aisah Binti Md Yasin (Penyelaras PBfeRM Pejabat Felcra Berhad Durian Hijau), En. Shamsul Nahar (Penghulu Mukim Jenderak 2), En. Mohd Nazeri Bin Mohd Ghazali (Pengerusi JKKK Rumpun Makmur), En. Mohd Kenidi Bin Mat Lazim (Pengerusi JKKK Pulau Raya), En. Hj. Azeman Bin Mohamed (Pengerusi JKKK Gunung Senyum). Tahniah dan syabas kepada Saudara Izamudin (Pengerusi PBfeRM dan AJK yang telah bertungkus lumus berusaha sebaiknya menggerakan bantuan dan sumbangan ini.