Lawatan teknikal dan pemantauan daripada pegawai pembangunan Keusahawanan Desa Felcra Berhad Wilayah Pahang ke tapak projek tanaman cili fertigasi yang diusahakan oleh ahli belia dan pertubuhan Wanita Dinamis Felcra Rumpun Makmur. Sesi lawatan ini adalah bertujuan untuk menilai dan melihat tahap pembangunan projek ekonomi untuk persatuan dan juga untuk permohonan bajet tambahan bagi tahun 2022 bagi pembangunan ekonomi (projek tanaman) belia dan wadira di peringkat wilayah Pahang.