Tarikh            : 16.11.2020 (Isnin)

Masa              : 9.00 Malam

Tempat           : Balai Raya JKKK Rumpun Makmur

 

Tanggungjawab dan peranana lantikan AJK yang baru bagi sesi 2020/2022 sedang merangka program dan aktiviti pembangunan sosio ekonomi bagi persatuan belia untuk tahun 2021. Setiap keputusan hasil dari mesyuarat pasti ada kebaikan dan kejayaan. Semoga PBFeRM akan terus berusaha memainkan peranan yang penting dalam kebajikan sosial dan kemasyarakatan untuk orang muda khususnya.

 

 

 

Tarikh        :03.10.2020

Masa         :9.00 Malam

Tempat     :Dewan PUSPA Rumpun Makmur

 

Penyampaian sumbangan dari Persatuan Belia Felcra Rumpun Makmur dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kerdau kepaa 20 penerima di kalangan OKU,Ibu tunggal,warga emas dan mereka yang memerlukan.Sumbangan adalah berbentuk baucer belian barangan bernilai RM200.00.

  

 

 

TARIKH                 : 16 Jan 2020

MASA                   : 8.00 Malam – 10.00 Malam

TEMPAT               : Balai Raya MPKK Rumpun Makmur

TUJUAN :

Penganjuran kelas tambahan (tuisyen) oleh Persatuan Belia Felcra Rumpun Makmur dengan kerjasama PIBG SK Gunung Senyum bagi tahun 2020. Seramai 28 orang pelajar tahun 6 menyertai kelas tersebut yang mengfokuskan sabjek seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Tenaga pengajar yang terdiri daripada ahli persatuan belia yang bekemahiran untuk mengajar dan membantu bagi menjayakan kelas tambahan dalam usaha bersama pihak sekolah untuk memberikan pendedahan dan pembelajaran tambahan di luar waktu kelas pelajar.Petugas Pusat Internet juga terlibat dalam menjayakan kelas tambahan ini.

AKTIVITI :

Aktiviti mengjawab kertas soalan yang diberikan oleh tenaga pengajar untuk dibincangkan bersama dan pendedahan kepada pelajar berkenaan dengan teknik menjawab soalan dengan betul.

-          BAHASA MELAYU UPSR

-          MATEMATIK

-          SAINS

-          BAHASA INGGERIS

 

 

 

 

Tarikh        :03.10.2020

Masa         :8.00 Pagi

Tempat     :Gelanggang Futsal Rumpun Makmur

 

Kejohanan Futsal Tertutup Belia Felcra Rumpun Makmur yag dirasmikan oleh YB Dato Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad ADUN Kerdau.Seterusnya menyampaikan peruntukan sumbangan untuk Persatuan Belia menjalankan aktiviti serta program dengan kerjasama Pusat Khidmat Dun Kerdau.

 

Tarikh  :17 - 28 Disember 2019

Masa    : 5.00 petang

Tempat : Padang Kg. Rumpun Makmur

 

Tujuan :

Penganjuran bola sepak piala YB DS Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, Adun Kerdau oleh persatuan Belia Felcra Rumpun Makmur. 

6 pasukan terlibat dalam kejohanan ini.Gabungan antara Veteran dan Belia sekitar kawasan Kg. Rumpun Makmur, Kg. Pulau Raya dan Kg. Gunung Senyum. Bersatu memupuk semangat kesukanan dan sepakat dalam sesebuah pasukan.

 

Aktiviti :

Penyampaian hadiah kepada pemenang oleh YB Adun Kerdau mengikut kategori yang telah dipertandingkan.