Kerjasama PEDi dan pihak RISDA Temerloh telah mengadakan kaunter permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk penduduk setempat. Tujuan program kerjasama ini adalah untuk memudahkan urusan permohonan terutamanya golongan warga emas dan pemohon B40 yang layak dan menepati syarat-syarat permohonan. Selain itu pihak RISDA juga sedang mengerakkan kempen program-program pembangunan RISDA untuk diberikan penerangan mengenai program-program bantuan yang disediakan. Semoga usahasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Turut bersama adalah Pengerusi JPKK Pulau Raya, en. Kenidi Bin Mat Lazim.

 

Gambar di sini