PENDIDIKAN
Menurut Falsafah Pendidikan Negara pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Kawasan ini mempunyai akses pendidikan yang baik dimana anak-anak tidak ketinggalan jauh dalam pendidikan. Walaupun ada di antara sekolah tersebut jauh dari kawasan sekitar, namun ianya tidak menjadi penghalang untuk anak-anak tempatan menimba ilmu. Tambahan pula dengan segala prasana dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak kerajan, ianya amat membantu penduduk sekitar.
1. TAMAN BIMBINGAN KANAK-KANAK RUMPUN MAKMUR
Mempunyai seorang tenaga pengajar dan seorang pembantu. Murid yang bersekolah di sini adalah seramai 10 0rang
2. SEKOLAH KEBANGSAAN GUNUNG SENYUM
Mempunyai 17 orang tenaga pengajar, 162 orang murid, 5 orang staf sokongan dan 7 orang staf swasta.