Check Your Label (CYL) adalah kempen yang diwujudkan bagi memupuk kesedaran dalam kalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah. Kempen ini juga bertujuan mendidik pengguna mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan. Pastikan peralatan komunikasi anda berlabel. Muat turun aplikasi "Check Your Label" di Google Playstore & Apple App Store. (Sumber : http://cyl.mcmc.gov.my/BM/what.aspx).