Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Ianya telah menjadi tempat menarik di Temerloh, Pahang. 

 

Deerland adalah destinasi pelancongan yang unik dan menarik. Ia merupakan pilihan tepat kepada para pencinta alam semulajadi. Pelbagai jenis flora dan fauna boleh dinikmati di sini.

Diantara binatang-binatang yang terdapat di 'ANIMAL WORLD' Deerland adalah Burung Unta, Rusa Timur, Rusa Nilga dari India, Itik Kayu dari Kanada dan banyak lagi.

Waktu beroperasi bermula pada pukul 11-00 pagi hinggan 6.00 petang (setiap hari kecuali Jumaat)

 

 

Kampungstay Desa Murni Temerloh, Pahang berkonsepkan kampung style dan moden style. Suasana kampung yang tenang dan selesa. Ada 2 buah rumah moden dan 4 buah rumah tradisional yang sesuai menempatkan satu family datang bercuti dan menginap di sini. Sesuai sangat buat event kat sini macam family day, program motivasi dan sebagainya. Bukan je ada penginapan, tapi ada kemudahan yang lain seperti Spa & Sauna, bekam, wifi, swimming pool, playground dan kawasan parking. Antara aktiviti yang ada di sini seperti melukis batik, memancing dan sebagainya. Menarik kan. Selain merehatkan badan, boleh juga mencuba aktiviti yang menarik kat sini.