FELCRA PPSK RUMPUN MAKMUR

 

Felcra rumpun makmur terletak di dalam daerah Temerloh, Pahang. Pekan yang terdekat adalah pekan kecil Kuala Krau yang berjarak 6.3km. Bandar yang terdekat dengan Felcra Rumpun Makmur adalah Bandar Temerloh iaitu berjarak 39km, Bandar Jerantut pula adalah berjarak 29km serta Bandar Pusat Jengka sejauh 29km. Dengan terbinanya jambatan yang merentasi Sg. Pahang, kini penduduk sekitar lebih mudah untuk melakukan urusan di bandar berbanding sebelum ini mereka perlu menggunakan perkhidmatan bot untuk pergi ke bandar atau ke pekan kecil.

 

Antara kampung yang terdekat dengan Felcra Rumpun Makmur adalah Kg. Baru Gunung Senyum, Kg. Pulau Raya, Kg. sekoh, Felda Jengka 25 dan juga Felcra Durian Hijau. Sebanyak 165 biji rumah dibina di situ dan majoriti penduduk Felcra Rumpun Makmur adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

 

Berikut merupakan maklumat mengenai barisan pimpinan bagi daerah dan kawasan Felcra Rumpun Makmur.

 

PARLIMEN

Kuala Krau

AHLI PARLIMEN

YB Tuan Kamal Bin Ashaari

ADUN KAWASAN

YB Syed Ibrahim Syed Ahmad

PEGAWAI DAERAH

Dato' Ali Syahbana Bin Sabaruddin

PENGHULU

En. Shamsul Nahar Bin Mat Aziz

 

Penduduk asal RUMPUN MAKMUR adalah terdiri daripada penduduk yang dipilih daripada 3 buah kampung iaitu Kg. Pulau Raya, Kampung Kuala Krau Seberang dan Kampung Gunung Senyum. Mereka ini dihimpun dalam satu rumpun yang diberi nama RUMPUN MAKMUR . Mereka menerima ladang yang diusahakan 100% oleh pihak Felcra dan menerima saham sebanyak 4 kali daripada pihak Felcra.