Jika anda mula merancang untuk pulang ke kampung dengan pelbagai helah, mohon hentikan rancangan tersebut kerana terdapat banyak kes yang melibatkan rentas negeri.Utamakan kesihatan ibu bapa yang berisiko tinggi jangkitan covid-19.

Sumber :Public Health Malaysia

Selamat menyambut hari Nuzul Al-Quran dan bersama mengimarahkan dengan norma baru seperti membaca Al-Quran dan bertadarus bersama keluarga di rumah mahupun secara dalam talian.

Sumber :Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Bermula 4 Mei 2020 kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat dan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.Patuhi segala SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan mengurangkan risiko penularan virus covid-19.

Sumber :Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Patuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat seperti menjaga kebersihan diri,elakkan perhimpunan awam,sentiasa melindungi keluarga terutama golongan yang berisiko seperti warga emas dan kanak-kanak serta mengamalkan penjarakkan sosial 1 meter.

Sumber :Majlis Keselamatan Negara

Talian Hotline Bilik Gerakan Penghantaran Pelajar Pulang Kementerian Pengajian Tinggi.

 

Sumber :Kementerian Pengajian Tinggi