Program membuat Asyura dibawah WADIRA Felcra Rumpun Makmur telah diadakan pada :

Tarikh : 5/10/2017

Masa : 8.00 Pagi

Tempat : Dewan Puspa PPSK Rumpun Makmur.

Program ini merupakan program wajib yang dilakukan setiap tahun yang melibatkan seluruh penduduk PPSK Rumpun Makmur. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta. Sebanyak 3 biji kawah Asyura yang telah dihasilkan. Asyura tersebut diagihkan sama rata kepada semua penduduk Felcra Rumpun Makmur.