TARIKH          :9 JULAI 2019

MASA             :2.30 PETANG

TEMPAT         :TABIKA KEMAS RUMPUN MAKMUR

Pejabat Kemas daerah Temerloh telah mengadakan satu bengkel khusus untuk ibu bapa dan penjaga di seluruh parlimen Kuala Krau.Bengkel tersebut dinamakan bengkel keibubapaan yang mana bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa penjaga mengenai kepentingan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak di peringkat awal lagi.Oleh itu dengan adanya bengkel keibubapaan ini sedikit sebanyak dapat memberi ilmu pengetahuan kepada ibu bapa mengenai aktiviti yang dapat dilakukan bersama anak-anak.Melalui bengkel ini juga ibu bapa dapat mempraktikkan proses pembelajaran di TABIKA KEMAS di rumah yang mana secara tidak langsung dapat membantu dalam perkembangan dan pendidikan anak-anak.

66120601 1301409890022123 2563719159267459072 n66297635 1301409820022130 676900400766386176 n

IMG-20190723-WA0017

PENDIDIKAN

 

Menurut Falsafah Pendidikan Negara pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Kawasan ini mempunyai akses pendidikan yang baik dimana anak-anak tidak ketinggalan jauh dalam pendidikan. Walaupun ada di antara sekolah tersebut jauh dari kawasan sekitar, namun ianya tidak menjadi penghalang untuk anak-anak tempatan menimba ilmu. Tambahan pula dengan segala prasana dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak kerajan, ianya amat membantu penduduk sekitar. 

 

1. TAMAN BIMBINGAN KANAK-KANAK RUMPUN MAKMUR

Mempunyai seorang tenaga pengajar dan seorang pembantu. Murid yang bersekolah di sini adalah seramai 10 0rang

 

2. SEKOLAH KEBANGSAAN GUNUNG SENYUM

Mempunyai 17 orang tenaga pengajar, 162 orang murid, 5 orang staf sokongan dan 7 orang staf swasta.