INFO KOMUNITI:
Kesemua Pusat Internet Komuniti (PIK) di seluruh negara kini dijadikan sebagai pusat bantuan dalam usaha membantu orang awam mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui MySejahtera.
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh menghubungi pihak Pusat Internet Komuniti yang berdekatan dengan anda.
Sumber :Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,SKMM
Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperkenalkan program MyBAIKHATI dengan kerjasama pihak syarikat telekomunikasi sebagai inisiatif crowdsourcing peranti.Program ini akan dimulakan dengan penganjuran kempen kutipan peranti terpakai seperti komputer riba yanag akan dibaik pulih dan diagihkan kepada antara lain Pusat Internet Komuniti dan pertubuhan komuniti.
Sumber :Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia,KKMM
Pakai pelitup muka setiap kali anda keluar dari rumah terutama apabila berada di tempat awam bagi mengelakkan jangkitan covid-19.
Sumber :Jabatan Penerangan Malaysia