Setiap keluarga perlulah mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan wabak COVID19.Sentiasa memakai penutup hidung dan mulut,penjarakan sosial serta kerap membasuh tangan dengan air dan sabun.

Sumber :Majlis Keselamatan Negara

Terus patuhi PKPB dan kekal duduk di rumah dan keluar apabila perlu sahaja.Bersama kita putuskan rantaian covid-19 dengan mengamalkan norma baru dalam kehidupan seperti jarak sosial 1 meter,memakai pelitup hidung dan mulut serta kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.

Sumber :Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh

Patuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan tiada penularan wabak covid-19 dan sentiasa amalkan kawalan kendiri seperti keluar hanya apabila ada keperluan penting sahaja dan sentiasa mematuhi PKP.

Sumber :Majlis Keselamatan Negara

Terdapat banyak kes yang melibatkan jangkitan covid-19 walaupun individu tersebut tidak mempunyai gejala seperti demam,batuk dan sesak nafas.Oleh itu sentiasa menjaga jarak sosial apabila berada di luar kerana kita tidak tahu status kesihatan orang lain walaupun kelihatan sihat.

Sumber :Public Health Malaysia

Dalam tempoh PKP, walaupun anda disarankan untuk duduk di rumah, lakukan 3 perkara ini untuk kesihatan dan persekitaran yang baik.

 

Sumber :Public Health Malaysia