Berikan sokongan serta kongsikan pengalaman anda sebagai bekas pesakit covid-19 yang berjaya sembuh agar orang ramai lebih peka mengenai bahaya covid-19 seterusnya berusaha untuk melindungi orang tersayang.
Sumber :Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Golongan yang sudah berusia sangat berisiko untuk dijangkiti covid-19 seterusnya membawa maut apatah lagi sekiranya mereka mempunyai sejarah penyakit kronik lain.Bantulah mereka dalam urusan harian seperti membekalkan keperluan asas seperti makanan,ubat dan lain-lain agar mereka terus kekal selamat dengan hanya terus kekal duduk di rumah.Kalau bukan kita,siapa lagi?
Sumber :Majlis Keselamatan Negara
Pelbagai langkah telah dilakukan bagi mencegah dari dijangkiti virus covid-19 dan salah satunya dengan memakai sarung tangan.Namun begitu di hospital, glove dipakai hanya untuk uruskan sisa klinikal kotor dan terus dibuang setelah selesai menggunakannya.Membasuh tangan dengan sabun selama 20 saat adalah lebih berkesan untuk mencegah dari dijangkiti virus.
Sumber :Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,KKM
Sekiranya hamil ketika situasi covid-19 usah bimbang kerana kehamilan tidak meningkatkan risiko ibu untuk dijangkiti covid-19.Namun begitu penjagaan selepas bersalin haruslah dititikberatkan bagi mngelakkan bayi dijangkiti covid-19.Amalkan langkah-langkah pencegahan serta menjaga kebersihan seperti kerap membasuh tangan.
Sumber :Kementerian Kesihatan Malaysia
Terdapat beberapa langkah yang perlu ddikuti semasa mencuci tangan menggunakan hand santizer bagi memastikan tangan kita betul-betul bersih dan bebas kuman.Gunakan hand santizer jika tiada air dan sabun terutama apabila berada di tempat awam seperti di bank dan pasaraya.Sentiasa mengamalkan kebersihan diri.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia Portal MyHealth