COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan mereka yang telah menghadiri 'Ijtimak Tabligh7 di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur dari 27 Februari 2020

hingga 1 Mac 2020, segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19. Sila hubungi CPRC hotline 03-88810200/ 03-88810600, 03-88810700 atau Pejabat Kesihatan Daerah.

 

 

Sumber :KKM

hfmd poster
 
Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
Sekian, harap maklum.

KLINIK DESA JENGKA 25

 

waktu perkhidmatan : ISNIN - JUMAAT

                                           8.00 PAGI - 5.00 PETANG

                                           WAKTU REHAT

                                   1.00 - 2.00 PETANG

 

Antara perkhidmatan yang diberikan adalah :

1. klinik ibu dan anak

2. pemeriksaan kesihatan

3. kecemasan 'on call'

 

Jarak antara Felcra Rumpun Makmur dan Klinik Desa Jengka 25 adalah sejauh 10km. klinik ini bukan sahaja dikunjungi oleh penduduk Felda Jengka 25, tetapi ianya turut dikunjungi penduduk daripada Felcra Rumpun Makmur untu mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan klinik ibu dan anak.