Amalkan norma baru dalam kehidupan dengan tidak berjabat tangan dan letak tangan di dada sebagai tanda hormat dengan ucapan salam bagi menggantikan bersalaman dan bersentuhan.

Sumber :Jabatan Penerangan Malaysia

Amalkan tip pemanduan kepada pemandu dan juga penumpang semasa PKPB.Bersama kita putuskan rantaian covid-19 dan melindungi golongan yang berisiko daripada dijangkiti virus covid-19.

Sumber :Jabatan Pengangkutan Jalan

Terus kekal mengamalkan langkah pencegahan seperti memakai pelitup mulut dan hidung,penjarakan sosial 1 meter serta kerap membasuh tangan dengan air dan sabun sebagai benteng terakhir kita daripada dijangkiti virus covid-19.

Sumber :Majlis Keselamatan Negara

Norma baharu dalam kehidupan mesti dimulakan dari sekarang bagi memastikan rantaian covid-19 dapat diputuskan.Sentiasa amalkan gaya hidup sihat dan langkah-langkah pencegahan sentiasa.

Sumber :Jabatan Penerangan Malaysia

Sentiasa amalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan jangkitan covi-19 kerana setengah individu tidak mempunyai sebarang gejala walaupun telah dijangkiti penyakit tersebut.

Sumber :Majlis Keselamatan Negara