TARIKH  :3 OGOS 2019

MASA      :2.00 PETANG-4.00 PETANG

LOKASI   :PIM RUMPUN MAKMUR

PESERTA :6 ORANG

TUJUAN

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai cara untuk membuat emel serta fungsi emel.

AKTIVITI

Setiap pelajar di arahkan untuk membuat emel masing-masing mengikut tunjuk ajar yang diberikan.

 

 

gambar di sini

TARIKH   :3 OGOS 2019

MASA      :10.00 PAGI- 12.00 TENGAH HARI

LOKASI   :PIM RUMPUN MAKMUR

PESERTA :6 ORANG

TUJUAN

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengasah minda pelajar dan menganjurkan soalan kuiz di dalam komputer bagi mengurangkan penggunaan pen dan kertas dan meningkatkan lagi kemahiran ICT peajar

 

AKTIVITI

Pelajar diberikan tempoh untuk menjawab kuiz puzzle secara atas talian.Pelajar dikehendaki menyiapkan puzzle tersebut tanpa bantuan kawan-kawan dalam masa yang telah ditetapkan.

 

gambar di sini

 

TARIKH   : 12 MEI 2018

MASA      : 9.00 PAGI - 2.00 PETANG

LOKASI   : PUSAT INTERNET FELDA JENDERAK SELATAN

PESERTA : 74 ORANG

 

 

TUJUAN

Program ini diadakan adalah untuk meraikan Hari Terbuka Pusat Internet bersama komuniti dan ahli PI melalui aktiviti dan program ICT. 

 

AKTIVITI

Antara aktiviti menarik yang disediakan kepada pengunjung adalah pendaftaran keahlian percuma, pemeriksaan kesihatan (i-health), dart belon dan kuiz dashboard, bengkel ICT usahawan, sukaneka sepak raga, dan peraduan muat turun aplikasi dashboard serta cabutan bertuah. Selain itu juga, beberapa agensi telah dijemput untuk mengadakan pameran pada hari tersebut seperti PTPTN, Klinik Kesihatan, Agrobank, dan Mega Sena Resources Sdn Bhd. Para usahawan juga dijemput untuk berniaga pada hari tersebut. Bengkel usahawan juga turut diadakan pada hari tersebut supaya mereka dapat memperluaskan lagi jualan mereka bukan hanya secara 'offline' tetapi juga secara 'online'. 

 

GAMBAR DISINI

 

 

 

 

 

TARIKH   : 21 JULAI 2018

MASA      : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI

LOKASI   : PUSAT INTERNET FELCRA RUMPUN MAKMUR

PESERTA : 4 ORANG

 

TUJUAN

Kelas ini dihadiri oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempelajari teknik asas rekaan tshirt menggunakan perisian media grafik adobe photoshop.

 

AKTIVIT

Pelajar akan diberikan penerangan mengenai cara penggunaan perisian adobe photoshop secara asas. Setiap pelajar akan membuat rekaan tshirt melalui tutorial dan tunjuk ajar daripada petugas. Setiap hasil kerja akan dinilai oleh petugas.

 

GAMBAR DISINI

 

 

 

TARIKH   : 10/02/2018

MASA      : 8.00 AM - 11 PM

LOKASI   : DEWAN PUSPA FELCRA RUMPUN MAKMUR

PESERTA : 59 ORANG

 

 

 

TUJUAN

Program siri jelajah SEBENARNYA.MY dianjurkan bagi mendekati masyarakat tempatan dan mendidik mereka tentang kepentingan memilih dan menyebarkan berita atau maklumat sebelum ditularkan dalam media sosial, seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp.

 

AKTIVITI

 

Antara aktiviti yang diadakan adalah booth pameran MCMC, aktiviti kuiz ICT, pertandingan futsal komuniti, senamrobik, majlis penyampaian hadiah, majlis penutup klinik ICT, bicara perdana, cabutan bertuah, dan pertandingan lego kanak-kanak dari tadika KEMAS. Selain itu juga, turut terlibat adalah pemeriksaan kesihatan daripada KOSPEN untuk komuniti setempat. Antara kelebihan aktiviti seumpama ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan kepada komuniti tentang ancaman dan bahaya sebaran berita palsu. Selain itu juga, komuniti akan didedahkan dengan laman portal www.sebenarnya.my untuk kegunaan rakyat mendapatkan  berita-berita yang sahih dan benar

 

GAMBAR DISINI