TARIKH    :19 OKTOBER 2021

MASA       :9.30-12.30

LOKASI    :PIK RUMPUN MAKMUR/RUMAH                                  PESERTA (ATAS TALIAN)

PESERTA  :18 ORANG

TUJUAN

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara LPPKN dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi &Multimedia Malaysia SKMM telah menganjurkan program Advoaki KAFETEEN@PIK Rumpun Makmur yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada remaja mengenai pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial remaja di Malaysia.Selain itu,program ini bertujuan untuk menyemai nilai-nilai murni remaja terhadap perkembangan kesihatan diri dan sosial.

AKTIVITI

Program Advokasi KafeTEEN @ PIK Felcra Rumpun Makmur telah diadakan secara atas talian bersama 18 orang remaja.Pelajar-pelajar tersebut telah diberi pendedahan dan perkongsian mengenai perkembangan sosial remaja yang setiap remaja biasa akan tempuhi.Setiap perkembangan dalam melayari alam remaja haruslah dilalui secara sihat dan positif dengan memahami kemahiran pengurusan diri,sosial,fizikal dan mental bagi memastikan remaja tidak terdorong untuk melakukan perkara negatif.

 

gambar di sini

TARIKH    :8 MEI 2021

MASA       :3.00-5.00

LOKASI    :PIK RUMPUN MAKMUR

PESERTA  : 1 ORANG

 

TUJUAN

Untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai fungsi perisian Canva.com serta tutorial cara menggunakan aplikasi tersebut dalam menyiapkan tugasan sekolah.

 

AKTIVITI

Adik Muhammad An-Nur Iman Shazril Hazriq minat menggunakan perisian Canva.com untuk membuat rekaan poster untuk kegunaan sekolah dan kelas beliau.Beliau ada mengikuti kelas asas media di PIK. Kini beliau telah berjaya menyiapkan beberapa poster hasil rekaan nya sendiri dengan pengawasan yang minima daripada pertugas. Melalui pendedahan fungsi dan penggunaan perisian canva.com banyak membantu untuk carian maklumat dan rujukan tugasan nya selaku ketua pegawas Pusat Sumber Sekolah SK Gunung Senyum. Teruskan usaha Adik Iman.

 

Gambar disini

TARIKH       :20 MAC 2021

MASA          :3.00-5.00PM

LOKASI       :PIK RUMPUN MAKMUR

PESERTA   :1 ORANG

TUJUAN

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai fungsi whatsapp web dalam membantu pelajar memudahkan mereka menyiapkan tugasan sekolah.

AKTIVITI

Penggunaan Whatsapp Web oleh Adik Khairul Sazzaman Bin Hairus, Pelajar Tingkatan 1 SMK Kuala Krau. Beliau telah diberikan pendedahan cara dan fungsi penggunaan Whatsapp Web bagi memuat turun bahan-bahan pembelajaran yang diberikan oleh guru dan seterusnya membuat kerja pemotongan bahan-bahan pelajaran tersebut yang perlu ditampal di dalam buku.

 

GAMBAR DI SINI

TARIKH     : 18 APRIL 2021

MASA        : 2.15-4.30

LOKASI     : PIK RUMPUN MAKMUR

PESERTA  :17 ORANG

TUJUAN

Seramai 17 pelajar (Ahli PIK) telah mengikuti kelas E-Tuisyen yang pertama pada 18 April 2021. Kelas pembelajaran secara atas talian ini menggunakan aplikasi ZOOM telah menghubungkan lebih 70 orang pelajar dari seluruh Malaysia. Melalui pengajaran guru yang berpengalaman pastinya dapat memberikan pendedahan yang terbaik buat pelajar yang menyertai kelas E-Tuisyen Pusat Internet Komuniti. Semoga pelajar mendapat manfaat dari kelas yang disertai ini. Sesi seterusnya adalah pada 24/4/2021(Sabtu). 

 

AKTIVITI

Sesi penerangan kelas E-Tuisyen yang telah berdaftar, antara taklimat yang diberikan adalah mengenai cara pembelajaran, matapelajaran yang ditawarkan, waktu kelas dan perkara yang wajib dipatuhi oleh pelajar dan sebagainya. Seterusnya sesi percubaan untuk menguji aplikasi ZOOM bersama pelajar bagi memudahkan mereka menggunakan apliksi tersebut dengan pegawasan yang minima daripada petugas.

 

Gambar di sini

Tarikh             : 19 Feb 2021

Masa              :3.00 – 5.00 Petang

Tempat           : PIK Rumpun Makmur

Peserta          :1 Orang

 

TUJUAN

En. Aidil Noramir Bin Jamaludin pekerja di sektor pembinaan telah mengikuti kelas untuk mempelajari asas penggunaan perisian reka bentuk grafik menggunakan perisian Adobe Ilustrator (Ai) dan perisian atas talian Canva.com. 

AKTIVITI

Beliau telah didedahkan dan mempelajari tentang fungsi dan asas penggunaan pekakas (Tools) yang digunakan untuk membuat logo, reka bentuk asas objek dan susunan (Layout) untuk menghasilkan bahan media cetak yang menarik.

 

Gambar di sini