TARIKH   : 10/02/2018

MASA      : 8.00 AM - 11 PM

LOKASI   : DEWAN PUSPA FELCRA RUMPUN MAKMUR

PESERTA : 59 ORANG

 

 

 

TUJUAN

Program siri jelajah SEBENARNYA.MY dianjurkan bagi mendekati masyarakat tempatan dan mendidik mereka tentang kepentingan memilih dan menyebarkan berita atau maklumat sebelum ditularkan dalam media sosial, seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp.

 

AKTIVITI

 

Antara aktiviti yang diadakan adalah booth pameran MCMC, aktiviti kuiz ICT, pertandingan futsal komuniti, senamrobik, majlis penyampaian hadiah, majlis penutup klinik ICT, bicara perdana, cabutan bertuah, dan pertandingan lego kanak-kanak dari tadika KEMAS. Selain itu juga, turut terlibat adalah pemeriksaan kesihatan daripada KOSPEN untuk komuniti setempat. Antara kelebihan aktiviti seumpama ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan kepada komuniti tentang ancaman dan bahaya sebaran berita palsu. Selain itu juga, komuniti akan didedahkan dengan laman portal www.sebenarnya.my untuk kegunaan rakyat mendapatkan  berita-berita yang sahih dan benar

 

GAMBAR DISINI

 

 

TARIKH   : 14/01/2018

MASA      : 3.00 PM - 5.00 PM

LOKASI   : PUSAT INTERNET FELCRA RUMPUN MAKMUR

PESERTA : 4 ORANG

 

TUJUAN

Kelas ini dihadiri oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai teknik penghasilan video dengan menggunakan perisian EasyMovieMaker. 

 

AKTIVITI

Pelajar diberikan penerangan mengenai teknik dan kemahiran asas suntingan video menggunakan perisian EasyMovieMaker. Setiap fungsi dan penggunaan features tools juga diterangkan kepada pelajar. Kemudian, sesi tutoril dan praktikal ditunjukkan kepada para pelajar untuk memudahkan mereka menghasilkan video. Setelah memahami asas penggunaan layer video text, sound effect imej/photo editing features, pelajar boleh menghasilkan videografi asas mengikut kreativiti mereka sendiri. Tahap pemahaman pelajar menggunakan tools yang ada ini juga akan dinilai oleh petugas.

 

GAMBAR DISINI

TARIKH   : 18/11/2017

MASA      : 10.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI

LOKASI   : BILIK LATIHAN PI FELCRA RUMPUN MAKMUR

PESERTA : 5 ORANG

 

 

TUJUAN

Kelas ini dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada daripada pelajar sekolah rendah, menengah dan belia. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai fungsi dan penggunaan perisian reka grafik www.canva.com 

 

AKTIVITI

Pada awalnya pelajar akan diberikan penerangan perisian canva oleh petugas. Mereka diberikan penerangan mengenai fungsi asas perisian dan kegunaannya untuk apa. Kemudian sesi tutorial dan praktikal akan ditunjukkan oleh petugas kepada pelajar. Pelajar juga diajar secara terus menggunakan laman web secara online dan akan dinilai oleh petugas.

 

 

 

GAMBAR DISINI 

 

 

TARIKH  : 16/12/2017

MASA      : 10.00 AM - 12.00 PM

LOKASI   : BILIK LATIHAN PI FELCRA RUMPUN MAKMUR

PESERTA : 9 ORANG

 

TUJUAN

Kelas ini dihadiri oleh 9 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas seumpama ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknik kreativiti mewarna secara digital. 

 

AKTIVITI

Pelajar diberikan penerangan berkaitan fungsi dan penggunaan features tools oleh petugas. Petugas akan menunjukkan cara penggunaan tools tersebut dan sesi praktikal oleh pelajar dilakukan. Setelah memahami asas penggunaan warna, pelajar boleh mewarna mengikut kreativiti mereka sendiri. Tahap pemahaman pelajar menggunakan tools ini juga akan dinilai oleh petugas. Hasil persembahan mewarna digital mereka akan dinilai oleh petugas.

 

GAMBAR DISINI

 

 

 

TARIKH   : 20/10/2017

MASA      : 3.00 PETANG – 5.00 PETANG

LOKASI   : PUSAT INTERNET FELCRA RUMPUN MAKMUR

PESERTA : 4 ORANG

 

 

TUJUAN

Kelas ini terdiri daripada 4 orang peserta dari pelajar sekolah rendah dan menengah. Bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai fungsi dan penggunaan perisian Adobe Photoshop cs6.

 

AKTIVITI

Pelajar akan diberikan mengenai fungsi asas perisian berpandukan langkah-langkah dan teknik yang mudah. Seterusnya sesi tutorial dan praktikal akan ditunjukkan oleh petugas kepada pelajar. Pelajar juga diajar untuk menggabungkan beberaa imej menjadi 1 gambaran imej mengikut kreativiti masing-masing. Setiap hasil kerja pelajar akan dinilai oleh petugas.