TARIKH :4 MAC 2022 MASA :3.00-5.00 PETANG LOKASI :PEDI RUMPUN MAKMUR PESERTA :1 ORANG |
TUJUAN
Latihan keusahawanan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan baru untuk memudahkan mereka memasarkan produk. Saudara Azmer, anak muda akan menjadi usahawan perintis baru PEDi Rumpun Makmur 2022. Beliau masih baru dalam mengusahakan jualan Biskut Almond Choco Chip (Cookies) yang dibuat sendiri oleh beliau di rumah. Beliau baru telah memperkenalkan logo / branding untuk perniagaan nya. Dengan adanya jenama produk ini dapat meningkatkan imej perniagaan beliau kepada pelanggan.
AKTIVITI
Usahawan diberi latihan serta diberi bimbingan dalam memasarkan produk mereka melalui branding seperti logo untuk jualan Biskut Almond Choco Chip beliau.
TARIKH :19 FEBRUARI 2022 MASA :3.00-4.00 PETANG LOKASI :PEDI RUMPUN MAKMUR PESERTA :5 ORANG |
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi latihan menaip kepada pelajar dengan menggunakan microsoft word.Dalam masa yang sama pelajar juga dapat mempelajari format surat kiriman rasmi.
AKTIVITI
Pelajar-pelajar dikehendaki membuka microsoft word dan menaip semula contoh surat kiriman rasmi dengan menggunakan format yang betul sambil dipantau oleh petugas yang bertugas.
TARIKH :19 DISEMBER 2021 MASA :10.45PAGI LOKASI :PEDi Rumpun Makmur |
TUJUAN
Kelas ini bertujuan untuk memberi input tambahan kepada pelajar dalam menguasai pembelajaran melalui pembelajaran secara atas talian.Pengajaran guru yang berpengalaman pastinya dapat memberikan pendedahan yang terbaik buat pelajar yang menyertai kelas E-Tuisyen PEDi. Semoga pelajar mendapat manfaat dari kelas yang disertai ini.
AKTIVITI
Kelas pembelajaran secara atas talian ini menggunakan aplikasi ZOOM.Melalui pengajaran guru yang berpengalaman pastinya dapat memberikan pendedahan yang terbaik buat pelajar yang menyertai kelas E-Tuisyen PEDi. Semoga pelajar mendapat manfaat dari kelas yang disertai ini.Seramai 30 pelajar (ahli PEDi) berjaya mengikuti kelas E-Tuisyen sejak ia mula diperkenalkan di PEDi pada tahun ini.
TARIKH :14 JANUARI 2022 MASA :3.00-5.00PM LOKASI :PEDi RUMPUN MAKMUR PESERTA :1 ORANG |
TUJUAN
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar dalam mengaplikasikan pembelajaran yang telah dipelajari.Pelajar telah mula mahir dalam menggunakan perisian Adobe Ilustrator dan hanya dipantau oelh petugas.
AKTIVITI
En. Hapis Bin Baharum sedang menyiapkan rekaan baju untuk Pasukan Bomba Sukarelawan Rumpun Makmur dengan menggunakan perisian Adobe Ilustrator. Beliau pernah mengikuti kelas Multimedia asas reka grafik di PEDi dan memudahkan beliau untuk menggunakan perisian tersebut dengan pengawasan yang minima daripada petugas. Kini beliau sedang mengikuti kursus latihan kemahiran bermodul (Creative Content For Digital Marketing) di bawah kelolan PENJANA HDRF. Semoga beliau dapat memanfaatkan asas yang pernah beliau pelajari semasa menjadi ahli PEDi.
TARIKH :12 NOVEMBER 2021 MASA : 2.30-5.00 PETANG LOKASI :PIK RUMPUN MAKMUR PESERTA : 8 ORANG |
TUJUAN
Program Advokasi anjuran Lembaga penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bersama PIK Felcra Rumpun Makmur ini adalah bertujuan memberikan pendedahan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kemahiran pengurusan diri Remaja dan menyemai sikap positif terhadap perkembangan kesihatan diri dan sosial, fizikal dan mental dikalangan remaja.
AKTIVITI
Pelajar-pelajar diberi khidmat kaunseling mengenai apa yang perlu dilakukan untuk mencapai kejayaan di samping menjadi anak yang baik serta taat kepada ibu bapa.Semoga perkongsian dari team KafeTEEN dapat memberi manfaat dan panduan kepada adik-adik semua dalam melayari alam remaja. Jumpa lagi pada sesi akan datang. Terima Kasih semua yang terlibat.