TARIKH     :25 JULAI 2020

MASA        :3 PETANG

LOKASI     :PIM RUMPUN MAKMUR

PESERTA   :1 ORANG

 

 

TUJUAN

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai emel dan bagaimana emel dapat membantu memudahkan urusan kerja seharian seperti menghantar dokumen dan sebagainya.

AKTIVITI

Pelajar dikehendaki membuka emel dan dikehendaki menghantar dokumen kerja menggunakan emel sendiri kepada emel yang dikehendaki.Pelajar juga diberi tugasan dengan menggunakan emel melalui bimbingan petugas.

 

 

 

gambar di sini

TARIKH  :16 MAC 2020

MASA     :9.30-12.30 

LOKASI  :PIM RUMPUN MAKMUR

PESERTA:6 ORANG

 

TUJUAN

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai nama-nama perkakasan teknologi terkini melalui permainan pembelajaran secara elektronik yang secara tidak langsung menarik minat mereka untuk belajar selain secara lisan.

AKTIVITI

Pelajar-pelajar dikehendaki mengenalpasti nama-nama bagi setiap perkakasan berdasarkan gambar yang terdapat di skrin.Selain belajar mengenal nama peralatan pelajar-pelajar juga dapat belajar mengenai fungsi peralatan tsersebut.Pelajar yang dapat menyiapkan tugasan tersebut dengan pantas dikira sebagai pemenang.

 

gambar di sini

TARIKH   :21 DISEMBER 2019

MASA      :2.00-5.00

LOKASI   :PIM RUMPUN MAKMUR

PESERTA :8 ORANG

TUJUAN

Pelajar-pelajar telah didedahkan dengan pembelajaran menggunakan microsoft powerpoint iaitu salah satu daripada microsoft office bertujuan untuk memberi latihan kepada mereka mengenai cara untuk membuat pembentangan dalam bentuk ICT seperti powerpoint dan cara untuk menghasilkannya.

 

AKTIVITI

Pelajar-pelajar telah diberi satu tugasan mudah seperti menghasilkan pembentangan mengenai biodata mereka dalam bentuk powerpoint.Pelajar-pelajar tersebut telah diberi tunjuk ajar seperti "copy and paste" gambar di internet dan dimasukkan ke dalam powerpoint.Selain itu,mereka juga telah didedahkan cara-cara untuk menggunakan "animations" bagi menjadikan powerpoint mereka lebih menarik untuk dibentangkan.

 

 

gambar di sini

TARIKH   :9 FEBRUARI 2020

MASA      :10.00-12.30

LOKASI   :PIM RUMPUN MAKMUR

PESERTA :7 ORANG

TUJUAN

Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar berkaitan modul microsoft office iaitu microsoft word.Selain dari mempelajari format untuk menulis surat kiriman tidak rasmi melalui aktiviti ini pelajar dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam menaip surat kiriman tidak rasmi.

AKTIVITI

Pelajar-pelajar telah diberi tugasan untuk menaip surat kiriman tidak rasmi berdasarkan contoh yang telah diberi dengan bimbingan dari petugas dalam membantu pelajar untuk belajar menaip dan mengenal fungsi papan kekunci dalam memudahkan menaip surat.

 

 

gambar di sini

 TARIKH  :12 DISEMBER 2019

 MASA     :10.00-12.00

 LOKASI  :PIM RUMPUN MAKMUR

 PESERTA:8 ORANG

TUJUAN

E-Pembelajaran merupakan salah satu modul pembelajaran ICT yang dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk belajar mengenai ICT.Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk merangsang daya kreativiti pelajar sekaligus memberi pengetahuan kepada pelajar melalui pencarian setiap perkataan tersebut melaui pendekatan permainan ICT.

 

AKTIVITI

Setiap pelajar dikehendaki mencari perkataan yang terdapat di dalam permainan tersebut.Pelajar yang berjaya menyiapkan setiap perkataan yang tersembunyi dikira sebagai pemenang.

 

gambar disini