TARIKH     :11 DISEMBER 2020

MASA        :10.00-12.00 PM

LOKASI     :PIK RUMPUN MAKMUR

PESERTA  :10 ORANG

 

TUJUAN

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai kepentingan pemantauan dari ibu bapa mengenai keselamatan siber dalam kalangan anak-anak.

AKTIVITI

Ibu bapa diberi taklimat mengenai kepentingan peranan ibu bapa dalam memantau aktiviti siber anak-anak.Ibu bapa harus meneliti apa yang anak-anak layari di laman sosial bagi mengelakkan berlakunya buli siber mahupun penipuan di internet.

 

Gambar di sini

TARIKH   :21 NOVEMBER 2020

MASA      :3.00-5.00 PETANG

LOKASI   :PIM RUMPUN MAKMUR

PESERTA :2 ORANG

 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi latihan kepada pelajar untuk mnguasai bidang multimedia melalui penghasilan poster engan menggunkan aplikasi Canva.com.

 

AKTIVITI

Pelajar diberi tugasan menghasilkan poster mengenai rukun negara dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari petugas dengan menggunakan aplikasi Canva.com mengikut kreativiti masing-masing.

 

Gambar di sini

TARIKH   :16 OGOS 2020

MASA       :3.00-5.00

LOKASI    :PIM RUMPUN MAKMUR

PESERTA  :4 ORANG

TUJUAN

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar mengenai aplikasi multimedia yang boleh digunakan untuk membuat poster sempena kemerdekaan mengikut kreativiti masing-masing.

AKTIVITI

Setiap pelajar dikehendaki membuat poster merdeka sempena menyambut bulan kemerdekaan dengan menggunakan aplikasi multimedia berdasarkan kreativiti masing-masing dengan tunjuk ajar dari petugas.Setiap pelajar diberi masa selama 1jam untuk menyiapkan tugasan tersebut dan poster paling kreatif dikira sebagai pemenang.

 

 

gambar di sini

 

TARIKH       :17 OKTOBER 2020

MASA           :3.00-5.00 PETANG

LOKASI        :PIM RUMPUN MAKMUR

PESERTA     :4 ORANG

 

TUJUAN

Kelas ini bertujuan untuk melatih pelajar menggunakan aplikasi multimedia seperti perisian Canva.com dan secara tidak langsung dapat mencungkil bakat setiap pelajar menerusi kreativiti setiap pelajar dalam menghasilkan video yang dikehendaki.

 

AKTIVITI

Kelas Multimedia video poster. Pelajar diajar menggunakan perisian Canva.com secara online. Antara teknik yang di ajar adalah, cara menyusun text, memilih text atau typografi yang sesuai, susun atur paparan maklumat, gambar dan sebagainya untuk menjadikan poster maklumat bergrafik dengan lebih menarik dan pelajar dapat mengenai dan membina dan mengubah suai susun atur visual mengikut kreativiti mereka.

 

Gambar di sini

TARIKH     :25 JULAI 2020

MASA        :3 PETANG

LOKASI     :PIM RUMPUN MAKMUR

PESERTA   :1 ORANG

 

 

TUJUAN

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai emel dan bagaimana emel dapat membantu memudahkan urusan kerja seharian seperti menghantar dokumen dan sebagainya.

AKTIVITI

Pelajar dikehendaki membuka emel dan dikehendaki menghantar dokumen kerja menggunakan emel sendiri kepada emel yang dikehendaki.Pelajar juga diberi tugasan dengan menggunakan emel melalui bimbingan petugas.

 

 

 

gambar di sini