TARIKH      :12 SEPTERMBER 2022

MASA         :9.00 PAGI-5.00 PETANG

LOKASI      :PEDI RUMPUN MAKMUR

PESERTA    :1 ORANG

 

TUJUAN

En.Zainal Azmi bin Jalinu merupakan seorang pegawai bomba yang bertugas di Balai Kuala Krau.Beliau datang ke PEDI Rumpun Makmur untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk menyertai latihan atas talian puntuk pasukan bomba.Dengan adanya PEDI beliau dapat menjalankan tugas beliau untuk memberi latihan kepada anggota bomba secara atas talian dengan bantuan petugas sekali gus dapat meningkatkan kemahiran komputer beliau.

 

AKTIVITI

En.Zainal menggunakan perkhidmatan internet di PEDI untuk menjalankan latihan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi zoom.Beliau belajar cara-cara untuk melakukan pembentangan melalui aplikasi zoom seperti bagaimana untuk berkongsi slide dengan bantuan petugas.Kini En.Zainal semakin cekap menggunakan komputer dalam menjalankan tugas.

 

 

Gambar di sini

TARIKH      :24 JULAI 2022

MASA         :3.00-5.00 PETANG

LOKASI      :PEDI RUMPUN MAKMUR

PESERTA   :4 ORANG

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk melatih pelajar-pelajar dalam mengenalpasti kedudukan papan kekunci sekali gus dapat memupuk minat pelajar mempelajari ICT melalui permainan.Pelajar juga didedahkan mengenai fungsi setiap papan kekunci bagi memudahkan mereka menggunakan komputer.

 

AKTIVITI

Pelajar dikehendaki mengenalpasti kedudukan setiap papan kekunci dan menyusun semula mengikut kedudukan yang sebenar.Pelajar yang dapat menyiapkan dengan pantas dikira sebagai pemenang.

 

 

Gambar di sini

TARIKH       :21 MEI 2022

MASA          :3.00-4.00 PETANG

LOKASI       :PEDI RUMPUN MAKMUR

PESERTA   :1 ORANG

 

 

 

TUJUAN

Tujuan aktiviti adalah untuk melatih pelajar agar mahir menggunakan komputer melalui aktiviti pembelajaran dalam bentuk permainan atas talian sekaligus dapat meminimakan penggunaan pen dan kertas dalam melakukan aktiviti.

 

AKTIVITI

Pelajar dekehendaki melengkapkan gambar puzzle yang diberikan melalui permainan atas talian dengan pantas.

 

 

gambar di sini

TARIKH          :17 JUN 2022

MASA             :3.00 - 4.00 PETANG

LOKASI          :PEDI RUMPUN MAKMUR

PESERTA       :1 ORANG

 

 

 

TUJUAN

En.Hamdan merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan Nasi Ayam di kawasan Rumpun Makmur.Pada masa yang sama juga beliau juga menyediakan perkhidmatan katering dan sentiasa datang ke PEDI Rumpun Makmur untuk menyediakan invois untuk pelanggan beliau.Melalui bimbingan petugas beliau kini lebih mahir menggunakan komputer untuk menyiapkan invois serta kerja sekali gus lebih memudahkan kerja beliau.

AKTIVITI

Petugas PEDI memberi bimbingan serta tunjuk ajar bagaimana untuk menghasilkan invois yang lebih kemas serta format menggunakan Microsoft Word kepada En.Hamdan.

 

 

Gambar di sini

 

TARIKH       : 16 APRIL 2022

MASA          :10.00-11.00 PAGI

LOKASI       :PEDI RUMPUN MAKMUR

PESERTA   :1 ORANG

 

TUJUAN

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara-cara untuk menggunakan carian google image sekali gus dapat memanfaatkan penggunaan internet dalam menyiapkan tugasan sekolah.

 

AKTIVITI

Pelajar ditugaskan untuk menyiapkan folio dan dikehendaki mencari maklumat dengan menggunakan google image.

 

Gambar di sini