TARIKH    : APRIL 2023

MASA       : 10.00-4.00 PETANG

LOKASI    : PEDI FELCRA RUMPUN MAKMUR

PESERTA : 6 ORANG

 

TUJUAN

aktiviti yang memberikan pendedahan kepada pengguna untuk mengakses internet menggunakan komputer, perisian microsoft work untuk penyediaan pembelajaran sekolah dan juga memberikan pendedahkan penggunaan cara penggunaan laman-laman sesawang untuk sebarang permohonan yang perlu diakses secara atas talian.

Melalui aktiviti ini pengguna dapat menambah pengetahuan fungsi setiap perisian dan tool yang dipaparkan di laman sesawang tersebut, dan juga penggunaan perisian microsoftword untuk pelajar sekolah dan akses pengesahaan akaun gmail pengguna yang perlu digunakan.

Gambar disini

TARIKH      :17 FEBRUARI 2023

MASA         :2.00-4.00 PETANG

LOKASI      :PEDI RUMPUN MAKMUR

PESERTA   :8 ORANG

 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menarik minat dalam kalangan pelajar untuk belajar mengenal perkakasan teknologi menerusi permainan e-learning.

Melalui aktiviti ini juga pelajar dapat menambah pengetahuan dengan mngenalpasti nama perkakasan beserta fungsi setiap perkakasan tersebut.

 

 

AKTIVITI

Setiap pelajar dikehendaki mengenalpasti nama beserta fungsi setiap perkakasan teknologi dengan betul melalui laman web web yang telah diberikan.Pelajar yang dapat menyelesaikan dengan pantas dikira sebagai pemenang.

 

Gambar di sini

TARIKH       : 13 OKTOBER 2022

MASA          : 2.00-5.00 PETANG

LOKASI       : PEDI RUMPUN MAKMUR

PESERTA     :20 ORANG

 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menguji kefahaman pelajar mengenai pembelajaran ICT di samping dapat mempelajari ICT melalui dalam bentuk permainan pembelajaran yang semestinya dapat menarik minat pelajar untuk belajar berbanding dengan cara menulis.

 

 

AKTIVITI

Pelajar-pelajar dikehendaki membuka aplikasi permainan kahoot dan menjawab setiap soalan yang telah diberikan berdasarkan pembelajaran ICT yang telah diajar.Pelajar yang menjawab dengan pantas serta mendapat markah tertinggi dikira sebagai pemenang.

 

 

gambar di sini

TARIKH     :13 JANUARI 2023

MASA        : 3.00-5.00 PETANG

LOKASI     :PEDI RUMPUN MAKMUR

PESERTA  : 10 ORANG

 

 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi latihan serta pendedahan kepada peserta menganai cara untuk menggunakan laman web HRMIS.Sebagai penjawat awam mereka dikehendaki menggunakan laman web HRMIS bagi memudahkan segala urusan berkaitan pekerjaan mereka seperti untuk memohon cuti,tuntutan perjalanan,tuntutan kerja lebih masa serta mengemaskini profil masing-masing.Melalui kelas ini mereka dapat menggunakan laman web tersebut dengan labih mudah dan pantas.

 

 

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuka laman web HRMIS dan mengemaskini profil mereka dan diberi tunjuk ajar daripada Encik Zainal dengan bantuan petugas.

 

 

Gambar di sini

 

TARIKH      :15 OKTOBER 2022

MASA         :8.00PAGI-12.00 TENGAH HARI

LOKASI      :PEDI FELCRA JENDERAK SELATAN

PESERTA    :320 ORANG

 

TUJUAN

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang Baru, mengukuhkan Hubungan Komuniti, Agensi Awam dan Swasta, serta Usahawan dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) supaya berterusan. Memberi makluman dan Promosi Perkhidmatan baru dan akan datang.

 

 

AKTIVITI

Program Hari Bersama Komuniti ini merupakan gabungan di antara PEDI FELDA JENDERAK SELATAN,PEDI FELDA JENDERAK UTARA DAN PEDI FELCRA RUMPUN MAKMUR dan telah diadakan di PEDI Felda Jenderak Selatan.Pelbagai aktiviti telah diadakan bersama komuniti seperti Taklimat Bersama MCMC,Pertandingan Bola Jaring,Pertandingan Sepak Takraw,Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak TABIKA dan PASTI,pelbagai jualan daripada usahawan gabungan 3 PEDI serta pameran daripada agensi seperti SSM,PKD,KOLEJ KOMUNITI,MYTV SERTA MCMC.

 

 

Gambar di sini