TARIKH      :22 OKTOBER 2023

MASA         :10.00-12.00 TENGAH HARI

LOKASI      :PEDI FELCRA RUMPUN MAKMUR

PESERTA   :6 ORANG

 

TUJUAN

 

Papan kekunci komputer merupakan salah satu komponen komputer.Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi latihan kepada pelajar untuk mengenalpasti kedudukan kekunci pada pada papan kekunci komputer.Melalui latihan ini pelajar dapat menggunakan papan kekunci komputer dengan lebih mudah serta dapat mengenalpasti fungsi kekunci pada papan kekunci.

 

AKTIVITI

 

Pelajar dikehendaki menyusun semula semua kekunci pada papan kekunci mngikut urutan yang betul.Pelajar yang dapat menyiapkan dengan pantas dan tepat dikira sebagai pemenang.

 

Gambar di sini

TARIKH       : 5 SEPTEMBER 2023

MASA         :  3.00-5.00 PETANG

LOKASI      :  PEDI RUMPUN MAKMUR

PESERTA    :  7 ORANG

 

 

TUJUAN

 

Aktiviti mingguan bersama pelajar-pelajar PEDi bermain mencari perkataan-perkatan tersembunyi ‘WORD SEARCH’. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menguji tahap kemahiran dan kreativiti pelajar dalam menyelesaikan tugasan melalui E-Learning.

 

AKTIVITI

 

Pelajar-pelajar dikehendaki menyelesaikan dan mencari perkataan-perkataan tersembunyi.Pelajar yang dapat menyiapkan dengan betul dan pantas dikira sebagai pemenang.

 

Gambar di sini

TARIKH      :13 JULAI 2023

MASA         :3.00 PETANG

LOKASI      :PEDI RUMPUN MAKMUR

PESERTA   :1 ORANG

 

TUJUAN

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengguna mengenai pengenalan kepada internet seperti cara-cara untuk mengisi jawatan kosong secara atas talian.En.Muhammad ingin mempelajari bagaimana cara memohon kerja di laman web spa bagi membantu anaknya mendapat pekerjaan.

 

AKTIVITI

En.Muhammad telah diberi tunjuk ajar langkah demi langkah seperti bagaimana cara untuk mendaftar pengguna di laman web spa kemudian cara untuk mengisi borang secara atas talian.Melalui aktiviti tersebut En.Muhammad dapat mempelajari bahawa penggunaan internet sangat membantu serta memudahkan urusan anaknya mencari pekerjaan.

 

 

Gambar di sini

 

TARIKH       : 17 JULAI 2023

MASA          : 10.00-12.00 TENGAH HARI

LOKASI       : PEDI RUMPUN MAKMUR

PESERTA     : 10 ORANG

 

 

 

TUJUAN

Aktiviti mingguan bersama pelajar-pelajar PEDi yang bersemangat untuk bermain sambil belajar dengan menjawab soalan-soalan kuiz berkaitan tentang ict, klik dengan bijak, teka teki pengetahuan am, sejarah Malaysia, Bahasa melayu dan pelbagai bentuk soalan yang menarik yang dapat menarik minat pelajar untuk sentiasa bersaing dalam menjawab soalan kuiz dengan pantas dan tepat. 

 

AKTIVITI 

Pelajar menjawab soalan kuiz secara e-learning.Pelajar yang dapat menjawab soalan dengan pantas serta tepat dikira sebagai pemenang.

 

 

Gambar di sini

 

 

TARIKH      :17 JUN 2023

MASA         :11.00-12.00 TENGAHARI

LOKASI      :PEDI RUMPUN MAKMUR

PESERTA   :10 ORANG

TUJUAN

Kuiz Kahoot ini bertujuan untuk menguji minda para pelajar melalui kelas yang telah diadakan.Kuiz kahoot sangat berkesan bagi menarik minat para pelajar untuk belajar kerana lebih menarik serta dapat melatih pelajar mengguna komputer.

 

AKTIVITI

Aktiviti mingguan bersama pelajar-pelajar PEDi yang bersemangat untuk bermain sambil belajar dengan menjawab soalan-soalan kuiz berkaitan tentang ict, klik dengan bijak, teka teki pengetahuan am, sejarah Malaysia, Bahasa melayu dan pelbagai bentuk soalan yang menarik yang dapat menarik minat pelajar untuk sentiasa bersaing dalam menjawab soalan kuiz dengan pantas dan tepat. 

 

Gambar di sini